Koperasi Usahawan Pantai Timur Selangor Berhad

Berita baik untuk ahli-ahli KOPATI, KAD AHLI anda bernilai untuk mendapatkan Diskaun Ahli dari Pengusaha-pengusaha berikut:

**********************************************************************************

 

 * Jual Beli Dinar Dan Dirham 

[Ustaz Mawaridi : 019-8433390]

 

*******************************

         * Restoran Nasi Arab

         *Kari Kaki Kambing AFC

         *Nasi Arab (Mandy) Ayam atau Kambing

[Pn. Hasnah : 019-3211911][http://restoran.nasiarab-afc.com/]

 

*******************************

*Pakej Umrah Tahun 2012

*Pakej Muslim Tour Guanzhou + Shenzhen 2012

* Pakej Bandung Shopping 2012

[Us. Razali Zahari Al-Hafiz : 019-2769972][ http://www.putranilaiholiday.com ]

*******************************

*Pickup & Delivery

*Kontrak hotel bajet, homestay, motel

[Azizan : 019-6495294]

Selamat datang ke KOPATI atau Koperasi Usahawan Pantai Timur Berhad. KOPATI telah diluluskan pada 9 Januari 2009 dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Bermatlamat ke arah menjana ekonomi ahli-ahli berdaftar melalui penglibatan dalam pelbagai bidang seperti Green Technology (Teknologi Hijau), Hartanah, Perladangan dan lain-lain. Juga akan menjadi platform untuk memberi kebajikan kepada ahli-ahli.

Salam ukhuwwah, tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Koperasi Usahawan Pantai Timur Selangor Berhad (KOPATI) yang bermesyuarat semalam dan telah meluluskan satu projek untuk menjadi wakil Jualan Talian Tetap Wayarles TM CDMA.

Pihak pengurusan menjemput wakil dari Next Projekct Sdn. Bhd. bagi memberi penerangan berkaitan CDMA yang juga vendor kepada Telekom Malaysia.

Antara manfaat yang akan diperolehi terutamanya usahawan-usahawan yang terlalu sibuk dan jarang berada di ofis ialah:-

- Talian wireless CDMA ini ialah panggilan tetap percuma antara talian TM ke TM samada ke rumah atau ke ofis.

-Ianya berfungsi tanpa wayar dan mudah di bawa kemana-mana berbanding telefon ofis atau rumah walaupun tidak berada di ofis.

-Taliannya semurah RM38.00 sebulan dan panggilan percuma TM ke TM tanpa had.

Pihak pengurusan berharap terutamanya ahli/anggota KOPATI dapat mengwar-warkan projek ini dan sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan pihak Kopati atau wakil pengurusan Sdr Razali Mat Ail 017-6242252 atau Sdr Azizan CDMA: 03-20210094

Kepada yang berminat untuk menjadi agen dialu-alukan dan akan mendapat bonus di atas setiap jualan.

Sekian,

Pengurusan KOPATI

Perbincangan/ttemu mato ahli2 KOPATI seperti berikut:

Tarikh : 18 Mac 2012

Hari : Ahad

Masa : 3.00 petang

Bertempat : Restoran Ali 1 Bistro, Presint Diplomatik, Putrajaya (area nexus international school).

Objektif:

-Berkenal-kenalan.
-sukarelawan KOPATI

Sumbangan Tabung Kebajikan Dialu-alukan.

Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat Agung Khas 2012

Pada 18 Februari 2012 bertempat di Al Amin Food Corner (AFC) Greenwood pihak Koperasi Usahawan Pantai Timur Selangor (KOPATI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012. Pada asalnya akan mengadakan mesyuarat agung tahunan tetapi mengikut wakil SKM Selangor, En. Ervin, oleh kerana koperasi belum lagi mengaudit laporan kewangan berakhir pada 31 Disember 2012 maka Mesyuarat diganti dengan Mesyuarat Agung  Khas Koperasi.  Ahli-ahli dan Anggota Koperasi sebulat suara bersetuju untuk menjadikan mesyuarat tersebut sebagai Mesyuarat Agung Khas 2012 manakala Masyuarat Agung Tahunan dijadualkan akan di adakan pada akhir Jun atau awal Julai 2012.

Walaubagaimanapun mesyuarat diteruskan dengan agenda yang telah ditetapkan iaitu membantang dan mengesahkan minit AGM tahun 2010, membentang dan mengesahkan laporan aktiviti Koperasi, membentangkan dan mengesahkan Perancangan Koperasi 2012/2013 yang mana iainya terdiri daripada Aturan Peraturan Tabung kebajikan, Aturan Peraturan Tabung Khairat Kematian dan Aturan Peraturan Insentif Ahli.

Pelbagai cadangan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh ahli untuk mengerakkan koperasi, antaranya;

1. Mengadakan usahasama dengan;

a. Al-Amin Food Corner (Restoran Nai Arab).

b. Putra Nilai Holiday services Sdn. Bhd (Travel Agensi).

c. Dinar dan Dirham.

d. Projek Green Tech.

e. Ich Liebe Dich Laundry (pengusaha dobi)

f. Islife sdn. bhd (Kilang percetakan).

2. Menjadi agensi berdaftar Pembantu rumah.

3. Mengusaha air minuman.

Tiga projek yang dibentang oleh Pengerusi Koperasi khusus untuk ahli-ahli iaitu Tabung Khairat Kematian, Tabung Kebajikan ahli dan Insentif bagi ahli bagi setiap ahli baru yang didaftar melaluinya.

Secara terperinci ketiga-tiga projek tersebut akan di upload dalam bentuk pdf bagi memudahkan ahli atau sesiapa yang berminat membaca dan memahami untuk sama-sama berkoperasi.

Wakil SKM En. Ervin Menyampaikan ucapan Perasmian...

Dari Kiri : Bendahari, Timbalan Pengerusi, Pengerusi, Wakil SKM dan Setiausaha.

Antara Ahli/anggota yang menghadiri mesyuarat Agung Khas Koperasi 2012...

Timbalan Pengerusi menyampaikan cenderamata kepada wakil SKM daalam bentuk dirham..

Ahli Koperasi Pn. Maznah mencadangkan usahasama antara koperasi dan AFC..

Cadangan perniagaan emas oleh saudara Ali Hanafiah

Dato Mahfuz Omar antara Tetamu VIP yang datang memberi sokongan kepada KOPATI

Penuh tumpuan, antara anggota yang terlibat....

Persiapan Akhir…..

Salam Ukhuwwah…

Sehari dua lagi Koperasi Usahawan Pantai Timur Selangor (KOPATI) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) bagi tahun 2012. Ini berdasarkan peraturan yang di gariskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

 Persiapan akhir untuk menjayakan AGM ini agak memerlukan segala pengorbanan memandangkan koperasi ini baru setahun jagung ditubuhkan. Segala usaha berlipat ganda di teruskan oleh mereka yang diberi amanah bagi melihat koperasi ini terus hidup dan akhirnya mencapai kejayaan sepertimana yang diharapkan oleh ahli-ahli dan anggota.

Read the rest of this entry »

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.